Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan?

“Bolehkah saya korban dengan duit sedekah?

Pada era pandemik ini, ramai antara kita yang kekurangan saluran pendapatan. Hal ini kerana, perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan banyak cawangan dan syarikat untuk beroperasi.

Ibu bapa yang perlu menanggung anak-anak sanggup bersusah payah mencari pendapatan dengan melaksanakan online bussines.

Oleh hal yang demikian, banyak NGO atau kerajaan sendiri akan memberi sedekah atau bantuan buat mereka yang memerlukan.

Jenis dan Contoh Sedekah

Sebenarnya sedekah hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  1. Sedekah Nafkah Kepada Anak dan Isteri
  2. Sedekah Kepada Jiran Tetangga
  3. Sedekah Jihad Fi Sabilillah
  4. Sedekah Jariyah
  5. Sedekah Khofiyyah
  6. Sedekah Kepada Keluarga

Jadi bagaimana sekiranya anda korban dengan duit sedekah ini?

Teruskan membaca.

Melaksanakan Qurban dengan Duit Sedekah dan Bantuan

Berbalik kepada tajuk, melaksanakan Qurban dengan menggunakan duit dari sedekah atau bantuan adalah dibolehkan. Hal ini kerana, duit dari sedekah dan bantuan yang diterima telah menjadi hak kita sendiri.

Walaubagaimanapun, melaksanakan Qurban dengan menggunakan duit hasil titik peluh kita sepenuhnya adalah lebih diutamakan. Sekiranya tidak mampu, boleh menggunakan duit sedekah dan bantuan yang kita terima.

Hal ini menunjukkan bahawasanya segala syariat yang Allah SWT turunkan kepada Umat Nabi Muhammad SAW mudah dan tidak sulit. Setiap Ibadah pasti ada kemudahan.

Berdasarkan kepada Firman Allah SWT:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya: “Allah menghendaki kalian kemudahan dan tidak menghendaki kesulitan,” (Surah Al-Baqarah: 185)

Walaupun wang yang disedekahkan itu kini adalah hak anda ada beberpa perkara anda perlu pertimbangkan. Ini kerana kadangkala yang bersedekah itu mempunyai niat tertentu setelah bersedekah.

Niat tersebut mungkin untuk anda mengutamakan duit itu untuk membeli barang keperluan.

Sebaiknya jika anda ingin menyumbangkan kembali duit sedekah sebagai duit untuk berkorban anda boleh memaklumkan terlebih dahulu kepada penyumbang sebagai tanda menghormatinya.

Berkorbanlah mengikut keperluan anda. Hal ini kerana tuntutan korban adalah sunat. Jika anda mampu untuk melakukannya, anda digalakkan untuk melaksanakannya tanpa bertangguh.

Jadi sekiranya anda ingin korban dengan duit sedekah yang diberikan, anda boleh melakukannya tanpa ragu-ragu. Seperti dinyatakan di atas, duit sedekah adalah hak anda. Cumanya jika anda menggunakan duit sendiri, itu lebih digalakkan.

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN